KUALA LUMPUR: Seorang ibu sanggup menjadikan anak perempuannya yang berusia 12 tahun sebagai tempat melepaskan geram terhadap suami, termasuk menekap seterika panas ke anggota tubuhnya hingga melecur.Mangsa yang menuntut di sekolah agama di Klang turut dibelasah dengan menggunakan batang penyapu bertalu-talu di kaki hingga lebam.Sumber polis menyatakan tindakan kejam si ibu berusia 28 tahun itu disebabkan dia mengesyaki mangsa membocorkan rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain kepada suaminya.Katanya, kejadian terbabit dibongkar seorang ustazah sekolah terbabit yang sangsi terhadap kesan kecederaan teruk dialami mangsa.Ustazah berusia 32 tahun itu mendapati kedua-dua tangan mangsa melecur kira-kira jam 3 petang Khamis lalu.“Mangsa turut menunjukkan kesan melecur di belakang leher, lebam di paha dipercayai dipukul dengan objek keras.“Selepas dipujuk berulang kali, mangsa yang ketakutan akhirnya membuat pendedahan memeranjatkan dengan mendakwa didera ibu kandungnya sendiri,” katanya.Mangsa menyatakan ibunya menggunakan seterika panas untuk melecurkan kedua-dua belah tangannya selain leher.Dia yang menjerit kesakitan akibat ditekap seterika panas tidak dipedulikan ibunya.Selain itu, sumber itu berkata, mangsa dibelasah dan dipukul dengan batang pencuci lantai menyebabkan kakinya lebam.Difahamkan ustazah berkenaan yang bersimpati terhadap nasib mangsa segera membawanya ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang.Hasil siasatan mendapati, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu didera ibunya Selasa lalu di rumah mereka.Mangsa memberitahu dimarahi ibunya sekitar jam 7 malam sebelum diserang dengan seterika panas.“Siasatan juga mendapati wanita itu sering bertindak kejam terhadap mangsa selepas menuduh dia memberitahu bapa berkaitan hubungannya dengan lelaki lain.“Perbuatan mangsa itu menyebabkan suspek kerap bergaduh dengan suaminya yang bekerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat minyak,” katanya.Menurut sumber itu, susulan laporan berhubung kejadian itu, polis memberkas wanita berusia 28 tahun itu di rumahnya serta merampas seterika dan batang penyapu yang kerap digunakan untuk memukul mangsa.Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas jenayah penderaan.
Commentku:- apa la bangang nye minah ni.. klu ko rase ko dah x syg dengan hubungan perkahwinan ko,dan ko rase ko dah nyampah dgn suami ko,ko gi je la ke pejabat agama,beli borang mintak cerai, ko fail kan jer permohonan ko,ko letak la alasan yg "ko dah xsyg dgn laki ko,dan ko rase ko ni mmg pempuan curang dan xsesuai jd isteri dan ibu kepada laki dan anak2nye".. pastu ko buat 1 salinan bg kat laki ko,dgn konform laki ko akan mempersilakn ko brambus dr hidup die.. ni ko pegi azab anak ko xpasal2 nape.. dah kena masuk jel.. ble jadi gile tau dok dlm bilik 23jam xkuar2,cuma 1jam je mase di luar bilik jel..xcaye?.. korg masuk bilik,kurung diri untuk 1hr.. try tengok..betina mcm ko ni mmg mengikut nafsu semata2.. penah x ko fikir azab kubur?paling kurang ko terbayang mcm mane keadaan ko dlm kubur?.. sedar x kite hidup kt dunia sementara jer. semua nye pinjaman. kite kat sini cr modal untuk tiket di akhirat nanti.. tiket sama ade ke neraka jahannam ataupun ke syurga firdausi.. fikir la beb.. jgn ngikot nafsu semata..
Sunday, May 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment