NAIROBI - Seorang lelaki warga Kenya menggigit seekor ular sawa yang membelitnya menyebabkan dia diheret haiwan itu di atas sebuah pokok, lapor media tempatan semalam.
Lelaki itu yang merupakan seorang pengurus ladang, Ben Nyaumbe sedang melakukan kerja tetapi dia tidak menyedari kehadiran reptilia yang mencari makan.
"Saya terpijak satu objek di atas tanah, tiba-tiba kaki saya dibelit seekor ular sawa," katanya.
"Saya kemudian terpaksa menggigitnya," kata Nyaumbe.
Ketika berada di atas pokok, ular itu melonggarkan cengkamannya dan peluang itu diambil oleh Nyaumbe yang mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar sebelum membuat panggilan kecemasan.
Seorang penyelia Nyaumbe tiba bersama seorang anggota polis.
Nyaumbe kemudian menutup kepala ular tersebut dengan menggunakan baju manakala para penyelamat menarik ular tersebut dengan tali sehingga ia jatuh ke tanah.
"Saya dan ular itu jatuh berdebab," katanya yang cedera di bibir.
Ular itu bagaimanapun meloloskan diri daripada tiga helai guni yang diguna untuk mengikatnya - Reuters
Commentku:- mmg ganas mamat kenya ni,berpantang maut sebelum ajal. aku penah tengok kat youtube ular sawa telan buaya,kire kalau buaya(200kg ke atas) die leh telan,apatah lagi manusia yg berat cume 50kg-90kg..hmmm.. harap2 kalau jd kat kite,maka gunakan apa yg ade untuk melawan..zaman la ni,binatang nye tempat kite dah rembat buat rumah kite. diorg mane la nak duduk lagi kan.kadang kesian lak bile pk nasib haiwan2 ni semua.
Wednesday, April 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment